Wednesday, September 16, 2009

Kembali kepada FITRAH

Rasanya bari semalan aku postkan entry selamat datang bulan Ramadhan, rasanya baru semalan aku bangun awal pagi untuk bersahur, rasanya baru semalan perut mendendangkan lagu poco-poco menahan dari lapar dan dahaga, tapi kini dah setangah bulan kita berada di bulan Syawal, di mana bulan manusia kembali kepada fitrah.... manusia yang beragama islam sudah SELAMAT menyambut HARI RAYA AIDILFITRI...
Rasa terharu sangat bila dapat menyambut hari raya bersama keluarga tercinta walaupun aku tahun ini tak sempat nak bersahur bersama keluarga, sebab tak semapt nak balik awal tapi aku tak kisah yang penting hari raya disambut bersama..
Aku tahu bila umur dah semakin meningkat dewasa dan badan pun dah meninggi macam galah, pelung nak dapatkan duit raya bila tiba hari raya pun dah semakin tipis, tahun nie aku cuma dapat RM 10 aje, itupun aku tak kisah, kalau tak dapat langsung pun aku tak kecil hati yang penting pengertian raya, kita dah kembali kepada fitrah, itu bukan bermakna kita dah boleh kembali kepada perangai lama, tapi apa yang penting penghijrahan tingkah laku dari buruk kepada yang lebih baik.
Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat dunia yang beragama islam.

Wednesday, September 9, 2009

Buat halua minda

Ambil seminit dua waktu sebelum berbuka melayan kisah yang tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal.......jangan gelak kuat-kuat dan jangan salah faham......

CINTA SELUAR KECIK
Mengenangkan kembali pertama kali aku bertemu dengan suamiku membuatkan aku tersenyum lucu. Emm.. memang melucukan, dan pertemuan yang tidak disangka itulah yang membawa kami berdua ke jinjang pelamin. Aku bukan seperti pasangan kekasih yang lain bertemu di universiti, di tempat kerja, di jalanan, di taman-taman dan di tempat-tempat yang sewaktu denganya, tetapi kami berdua dipertemukan di majlis perkahwinan sepupuku dan kerana jasa seluar kecilku.. hehehe…. Lucukan? tapi itulah hakikatnya. Mungkin juga berkat dari majlis tersebut yang membawa kami diijabqabulkan dengan ikatan yang suci……..

Petang sabtu itu aku dan keluarga ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku. Majlis tersebut memang happening sebab ramai yang datang. Saudara-mara tak usah nak cerita, mereka semua datang dan sempat bermalam di situ. Sempat jugalah aku berkenalan dan dapat juga aku bertanya khabar setelah lama tidak bersua muka…..

Malam selepas selesai majlis, aku sempat diusik oleh emak saudaraku, emak pengantin perempuan, bila aku akan mengikut jejak langkah anaknya, menentukan satu titik noktah yang pasti bilakah aku akan menamatkan zaman daraku dan seperti biasa jugalah jawapan sebagai perisai aku berikan, belum sampai seru dan belum ada jodoh lagi…..aku sebenarnya tidak menetapkan target bilakah aku akan merealisasikan persoalan emak saudaraku itu, memandangkan aku sudah punya pekerjaan yang boleh menjamin masa depan dan struktur kewangan yang boleh dianggap stabil….yang penting aku serahkan pada takdir yang menentukan segalanya. Bagiku ada calon, ada jodoh, sampai seru kahwinlah… senang cerita. Emak saudaraku hanya tersenyum, namun aku tahu jauh di lubuk hatinya dia tetap tak puas hati kerana sudah terlalu biasa dengan jawapan itu dari mulutku……………………

Malam itu selepas isyak, baru aku dapat peluang untuk mandi setelah seharian aku terpaksa menahan niatku untuk berbuat demikian. Nak buat macam mana, ramai sangat tetamu yang bertandang, tak menang tangan aku nak melayan. Tapi aku puas…………..best……

Peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Aku mengajak sepupuku untuk mandi bersama dan tanpa sebarang alasan dia pun setuju.
Untuk ke bilik mandi aku terpaksa lalu di depan sekumpulan lelaki-lelaki yang macho, handsome dan tak kurang juga yang nakal, termasuklah suami sepupuku pun turut berada di situ. Mereka asyik saja berbual dan dengan rancak sekali mereka mengenakan si pengantin baru.
Mulanya aku memang malu dan nyaris-nyaris nak batalkan niatku itu namun bila difikirkan balik tentang bau badanku yang tak ubah seperti bau kambing jadi terpaksalah aku teruskan juga……
Aku berjalan di belakang sepupuku, punyalah control ayu aku berjalan nak memastikan kehadiran kami tidak disedari oleh mereka yang sedang rancak berbual.
Tapi entah macam mana silapnya, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menjerit “cik adik manis seluar kecil nie, kenapa buang kat sini dah tak nak ke?”

Ku sangkakan itu cuma main-main, sekadar nak mengusik aku. Aku terus melangkah tanpa mempedulikan mereka, namun setelah pernyataan itu diulangi sekali lagi, barulah aku sedar yang seluar kecilku betul- betul jatuh di hadapan mereka. Malu punyalah malu rasa macam tak ada muka langkah pun rasa tak terpijak di bumi yang nyata….dengan perasaan yang cukup-cukup malu aku merampas seluar kecilku dengan kasar dari tangan salah seorang daripada mereka dan terus berlari ke bilik air…..
Di bilik air sepupuku tak henti- henti mentertawakan aku dan aku hanya mampu menangis kerana terlalu malu. Rasa macam tak nak keluar bilik air…setelah ketawanya reda, sepupuku memberitahu bahawa lelaki yang memegang seluar kecilku dan yang menengurku tadi rupa-rupanya telah lama meminati aku, Namun masih belum berpeluang untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Kata sepupuku lagi dia tertarik hati kepadaku setelah pertama kali memandangku di majlis pertunangannya dan dia juga merupakan kawan karib suami sepupuku.

Bermula dengan detik itulah dia berani menegurku dan aku juga sempat memohon maaf kepadanya kerana bersikap kasar terhadapnya pada malam itu….kerana jasa seluarku itu kami berkenalan dan dia telah mengambil keputusan untuk melamarku. Cinta yang telah lama dipendamkan, akhirnya mampu jua dia luahkan kepadaku ….aku dengan seikhlas hati menerimanya. Sikap keterbukaannya dan sabar dengan kerenahku sebagai anak manja yang membuka hatiku untuk menerimanya sebagai suami dan aku berjanji akan menjadi permaisuri dalam hidupnya buat selama-lamanya….

Siapa sangka seluar kecil yang selalu dianggap sebagai aset yang memalukan boleh menjadi pencetus sebuah kisah cinta yang sejati dan abadi buat selama-lamanya…….

NURKILAN DARI:
gadisnasikerabu yang tengah blur disuakan timbunan kuiz dan test....

catatan:

kisah ini tak ada kena mengena dengan kisah hidupku, cerita ini hanya dikarang tatkala otak masih biul memikirkan jumlah test dan kuiz yang terlalu banyak untuk dihadapi... lalu kucuri sedikit waktu untuk melakarkannya sebelum diri ini bertukar menjadi SHREK dan HULK...layan ajelah

Sunday, August 23, 2009

kolebrasi 3 chef

Suasana tempat baru yang berbeza, dulu duk induk tak pernah terlintas di fikiran nak masak time bersahur, tapi kini dah pindah...tinggal pun dalam rumah(ala2 apartment gitu) semangat nak memasak pun tiba2 timbul...

Sudah dua hari aku berpuasa, dua hari jugalah kau bersahur di bulan Ramadhan ini dan sudah dua malam aku makan hasil masakan kolebrasi 3 chef ini...chef awin, chef juju dan chef umi...em boleh tahan juga masakan diorang nie... maklumlah waktu sahur nie hanya certain -certain makanan aje yang boleh masuk tetapi selama dua malam makan masakan chef2 nie, aku boleh tambah nasi sampai dua kali...kira dah boleh lepas piawaian nie... masuk standard ISO pun gerenti beres...............Masakan diorang ni, bukan nak pujilah kan tapi kalau masak untuk MR 'A & K' pun boleh terangkat dan aku yakin 100% laki2 dioarang takkan cari lain...he5....
Awal-awal Ramadhan lagi kami dah buat perjanjian seminggu di rumah R4906 dan seminggu di rumah R4805 dan bergilir-gilir sampailah habis bulan puasa.. bunyi macam bermadulah pulak..........yang sebenarnya ini gilaran masak, resepinya tak banyak, memandangkan sumber-sumber kat sini yang terlalu limited... hanya resepi ikan sadin dan masak telur goreng aje, itu pun kira okeylah dari tak ada langsung....
lastly thank to my chef2 yang membuatkan perutku kekenyangan untuk setiap pagi....
P/S: Tunggu minggu depan, Chef dari R4805 nak tunjukkan kepakaran dia pulak... tapi kalau tak sedap jangan komen dalam blog...he5...peace no syaitan!

Thursday, August 20, 2009

Berbaloikah Pembalasan ini??

One night my friend pernah tanya kat aku.."eh,kau pernah tak jatuh cinta?" wah soalan cepu emas yang dah lama aku tak dengar nie.. aku berlagak slumber dan serentak dengan itu juga aku meletuskan ketawa yang cukup kuat, nak cover la kononnnya... dan persoalan yang berbentuk gurauan itu ku gantung tanpa jawapan....
jawapannya:
tipulah kalau aku katakan yang aku tak pernah jatuh cinta sebab sebagai manusia sejak azali lagi tuhan telah titipan rasa itu dalam diri kita, apatah lagi aku yang bergelar remaja dan ingin meningkat dewasa....
Dan dek kerana rasa yang tak boleh dinafikan itu jugalah aku hampir-hampir tersasar dari sasaran asasku sendiri. kalau tidak mana mungkin aku hampir nak sasau menunggu dia datang ke kafeteria setiap hari, kalau tidak mana mungkin,bila mata ini terhidang dengan kelibatnya senyuman aku boleh sampai ke telinga, dan mana mungkin aku sanggup berebut untuk naik bas yang sama dengannya semata-mata nak satu bas balik raya sem lepas....gila kan? bila ku fikirkan balik ini semua kerja gila......tapi ini semua dah tinggal kenangan, aku dah lama tutup buku, dah lama tutup kes...bukan bererti kalah dalam pembicaraan tapi sebagai manusia kita kena terima hakikat sesungguhnya bukan semua yang kita inginkan kita akan dapat dan bukan semua yang kita dapat itu selari dengan kemahuan kita.

Bila difikir-fikirkan balik timbul rasa kesal, tapi nasib baiklah tuhan cepat sedarkan aku..mak dengan ayah aku hantarkan aku ke sini, beratus ratus kilometer jauhnya semata-mata untuk aku belajar dan timba ilmu, bukannya 'main-main'.......berbaloi tak kalau setiap sen yang aku belanjakan di sini hasil dari setiap titip peluh mak dengan ayah aku tetapi amanah yang besar ini aku khianati..bunyi macam kejamkan? itulah yang patut aku sedar, peluang ini tak akan datang dua kali dan selagi termampu aku akan banggakan diaorang...aku tak nak dioarang menangis kerana kegagalan aku tetapi aku nak setiap air mata yang diorang titiskan ke bumi adalah hasil dari kejayaan aku sendiri di masa depan...

So lepas ni dengan siapa pun aku 'jatuh cinta' aku tak kisah, sesungguhnya jodoh dari ALLAH itu yang terbaik..aku tak perlu mengharapkan lelaki seindah Sulaiman sebab aku tak secantik Balqis, aku tak mengharapkan lelaki setampan Yussof kerana kasihku tak setulus Zulaikha, buat apa ku cari lelaki seteguh Ibrahim andai ku sedar diriku ini tak sekuat Siti Hajar dan tak salah kumatikan impian untuk mencari lelaki sesempurna Muhammad, kerna ku tahu akutak seistimewa khadijah....cuma yang aku harapkan 'dia' boleh memimpinku ke jalan yang benar dan menjadi tongkat dikala aku buta untuk menilai sesuatu dalam kehidupan...


p/s:jadikan setiap apa pun yang terindah dalam hidup,ikhlaskan dalam setiap tindakan.. pasti akan menyunsul keberkatan dalam hidup....peace no war!









Wednesday, August 19, 2009

selamat datang Ramadhan

Setelah setahun kini Ramadhan kembali lagi...
kehadiranya dinanti dan mungkin pemergiannya akan ditangisi..

RAMADHAN
Bulan yang penuh dengan kebaikan dan ganjaran pahala, awalnya kerahmatan, pertengahannya......dan pengakhirannya adalah pembebasan dari api neraka, Dicurahkan segala rahmat di muka bumi ini. dibuka pintu syurga dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka, diikat seluruh cucu cicit Syaitan, dihadirkan dengan Malam lailatul Qadar..malam yang disifatkan menyamai keberkatan seribu bulan....

itu belum habis lagi senarai kelebihan di bulan Ramadhan, baru beberapa aku senaraikan.. kalau nak dilistkan mungkin aku kena tambah blog satu lagi... begitulah hebatnya kejadian Allah pada kita yang bergelar hambaNYA...banyak tak terkira dan tak mampu untuk kita menghitungnya

Jadi selagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi bertuah ini marilah sama-sama kita raikan kehadiran bulan penuh barakah ini dengan hati yang suci....jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik...

selamat berpuasa to all my friend, semoga segala kerahmatan bulan puasa ini dapat kita raih dengan mendapat pengbebasan dari api neraka di akhirat kelak.....peace!





Tuesday, August 18, 2009

pembuka bicara

thank a lot to little me...
made my dream become true.....
laman untuk melepaskan rasa....bukan ingin membuka pekung di dada tapi coretan masa lapang untuk tatapan bersama....tq