Wednesday, September 16, 2009

Kembali kepada FITRAH

Rasanya bari semalan aku postkan entry selamat datang bulan Ramadhan, rasanya baru semalan aku bangun awal pagi untuk bersahur, rasanya baru semalan perut mendendangkan lagu poco-poco menahan dari lapar dan dahaga, tapi kini dah setangah bulan kita berada di bulan Syawal, di mana bulan manusia kembali kepada fitrah.... manusia yang beragama islam sudah SELAMAT menyambut HARI RAYA AIDILFITRI...
Rasa terharu sangat bila dapat menyambut hari raya bersama keluarga tercinta walaupun aku tahun ini tak sempat nak bersahur bersama keluarga, sebab tak semapt nak balik awal tapi aku tak kisah yang penting hari raya disambut bersama..
Aku tahu bila umur dah semakin meningkat dewasa dan badan pun dah meninggi macam galah, pelung nak dapatkan duit raya bila tiba hari raya pun dah semakin tipis, tahun nie aku cuma dapat RM 10 aje, itupun aku tak kisah, kalau tak dapat langsung pun aku tak kecil hati yang penting pengertian raya, kita dah kembali kepada fitrah, itu bukan bermakna kita dah boleh kembali kepada perangai lama, tapi apa yang penting penghijrahan tingkah laku dari buruk kepada yang lebih baik.
Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat dunia yang beragama islam.

Wednesday, September 9, 2009

Buat halua minda

Ambil seminit dua waktu sebelum berbuka melayan kisah yang tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal.......jangan gelak kuat-kuat dan jangan salah faham......

CINTA SELUAR KECIK
Mengenangkan kembali pertama kali aku bertemu dengan suamiku membuatkan aku tersenyum lucu. Emm.. memang melucukan, dan pertemuan yang tidak disangka itulah yang membawa kami berdua ke jinjang pelamin. Aku bukan seperti pasangan kekasih yang lain bertemu di universiti, di tempat kerja, di jalanan, di taman-taman dan di tempat-tempat yang sewaktu denganya, tetapi kami berdua dipertemukan di majlis perkahwinan sepupuku dan kerana jasa seluar kecilku.. hehehe…. Lucukan? tapi itulah hakikatnya. Mungkin juga berkat dari majlis tersebut yang membawa kami diijabqabulkan dengan ikatan yang suci……..

Petang sabtu itu aku dan keluarga ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku. Majlis tersebut memang happening sebab ramai yang datang. Saudara-mara tak usah nak cerita, mereka semua datang dan sempat bermalam di situ. Sempat jugalah aku berkenalan dan dapat juga aku bertanya khabar setelah lama tidak bersua muka…..

Malam selepas selesai majlis, aku sempat diusik oleh emak saudaraku, emak pengantin perempuan, bila aku akan mengikut jejak langkah anaknya, menentukan satu titik noktah yang pasti bilakah aku akan menamatkan zaman daraku dan seperti biasa jugalah jawapan sebagai perisai aku berikan, belum sampai seru dan belum ada jodoh lagi…..aku sebenarnya tidak menetapkan target bilakah aku akan merealisasikan persoalan emak saudaraku itu, memandangkan aku sudah punya pekerjaan yang boleh menjamin masa depan dan struktur kewangan yang boleh dianggap stabil….yang penting aku serahkan pada takdir yang menentukan segalanya. Bagiku ada calon, ada jodoh, sampai seru kahwinlah… senang cerita. Emak saudaraku hanya tersenyum, namun aku tahu jauh di lubuk hatinya dia tetap tak puas hati kerana sudah terlalu biasa dengan jawapan itu dari mulutku……………………

Malam itu selepas isyak, baru aku dapat peluang untuk mandi setelah seharian aku terpaksa menahan niatku untuk berbuat demikian. Nak buat macam mana, ramai sangat tetamu yang bertandang, tak menang tangan aku nak melayan. Tapi aku puas…………..best……

Peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Aku mengajak sepupuku untuk mandi bersama dan tanpa sebarang alasan dia pun setuju.
Untuk ke bilik mandi aku terpaksa lalu di depan sekumpulan lelaki-lelaki yang macho, handsome dan tak kurang juga yang nakal, termasuklah suami sepupuku pun turut berada di situ. Mereka asyik saja berbual dan dengan rancak sekali mereka mengenakan si pengantin baru.
Mulanya aku memang malu dan nyaris-nyaris nak batalkan niatku itu namun bila difikirkan balik tentang bau badanku yang tak ubah seperti bau kambing jadi terpaksalah aku teruskan juga……
Aku berjalan di belakang sepupuku, punyalah control ayu aku berjalan nak memastikan kehadiran kami tidak disedari oleh mereka yang sedang rancak berbual.
Tapi entah macam mana silapnya, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menjerit “cik adik manis seluar kecil nie, kenapa buang kat sini dah tak nak ke?”

Ku sangkakan itu cuma main-main, sekadar nak mengusik aku. Aku terus melangkah tanpa mempedulikan mereka, namun setelah pernyataan itu diulangi sekali lagi, barulah aku sedar yang seluar kecilku betul- betul jatuh di hadapan mereka. Malu punyalah malu rasa macam tak ada muka langkah pun rasa tak terpijak di bumi yang nyata….dengan perasaan yang cukup-cukup malu aku merampas seluar kecilku dengan kasar dari tangan salah seorang daripada mereka dan terus berlari ke bilik air…..
Di bilik air sepupuku tak henti- henti mentertawakan aku dan aku hanya mampu menangis kerana terlalu malu. Rasa macam tak nak keluar bilik air…setelah ketawanya reda, sepupuku memberitahu bahawa lelaki yang memegang seluar kecilku dan yang menengurku tadi rupa-rupanya telah lama meminati aku, Namun masih belum berpeluang untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Kata sepupuku lagi dia tertarik hati kepadaku setelah pertama kali memandangku di majlis pertunangannya dan dia juga merupakan kawan karib suami sepupuku.

Bermula dengan detik itulah dia berani menegurku dan aku juga sempat memohon maaf kepadanya kerana bersikap kasar terhadapnya pada malam itu….kerana jasa seluarku itu kami berkenalan dan dia telah mengambil keputusan untuk melamarku. Cinta yang telah lama dipendamkan, akhirnya mampu jua dia luahkan kepadaku ….aku dengan seikhlas hati menerimanya. Sikap keterbukaannya dan sabar dengan kerenahku sebagai anak manja yang membuka hatiku untuk menerimanya sebagai suami dan aku berjanji akan menjadi permaisuri dalam hidupnya buat selama-lamanya….

Siapa sangka seluar kecil yang selalu dianggap sebagai aset yang memalukan boleh menjadi pencetus sebuah kisah cinta yang sejati dan abadi buat selama-lamanya…….

NURKILAN DARI:
gadisnasikerabu yang tengah blur disuakan timbunan kuiz dan test....

catatan:

kisah ini tak ada kena mengena dengan kisah hidupku, cerita ini hanya dikarang tatkala otak masih biul memikirkan jumlah test dan kuiz yang terlalu banyak untuk dihadapi... lalu kucuri sedikit waktu untuk melakarkannya sebelum diri ini bertukar menjadi SHREK dan HULK...layan ajelah