Monday, January 11, 2010

AJL vs Bola Sepak Sukan Sea

Semalam telah pun berlangsung AJL yang ke 24, anugerah yang selalu ditunggu-tunggu itu telah pun diketahui pemenangnya dan semalam juga telah menyaksikan Aizat berjaya membawa pulang sebanyak rm45000.00 selaku pemenang juara lagu dan persembahan terbaik. terus-terang aku cakap lagu pergi memang best, kalau tidak masakan dapat ke pentas akhir tapi langsung tak expect akan jadi juara,so jauh di lubuk hati ada sekelumit rasa tak puas hati tapi biasalah adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah dan yang menang itu mesti ada kelebihan yang tersendiri.


Itu pasal artis realiti TV yang menang besar semalam, dan aku bukan wartawan melodi yang ada hak nak suakan microfon kepada juri-juri yang terlibat semalam yang boleh tanya kenapa lagu itu diangkat sebagai juara. Aku cuma salah satu daripada puluhan juta penonton yang menyaksikan AJL yang hanya mampu ketuk keyboard kat laptop dan luahkan rasa kecewa dalam blog sebab orang sekampung (Misha Omar) tak menang.


Aku tahu yang semua orang tahu, semalam AJL, yang mana 13 anak muda bersaing sesama sendiri membawa karya masing-masing atas nama 1 Malaysia dan pada 17 Disember yang lepas, 11 anak muda Malaysia juga berada dipentas akhir memperjuangkan nama negara, menjulang maruah negara, membawa hujan emas ke bumi Malaysia setelah 20 tahun kita ketandusannya dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea. Menang kalah jadi pertaruhan dan hasilnya POSITIF kita menang... seriuslly, aku cakap yang kejayaan 11 anak muda semasa pentas akhir di Laos lebih memberi kesan kepada aku walaupun kemenangan itu dah lama berlalu.. bayangkan detik penantian kemenangan itu terlalu lama, dan kegembiraannya tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata.


17 Desember yang lalu tepat pukul 8 malam setelah pengadil dari Thailand meniup wisel penamat seluruh rakyat Malaysia kembali merasakan suasana yang ditinggalkan lebih 20 tahun yang lampau setelah skuad Malaysia yang tidak diberikan sebarang harapan telah berjaya memenangi pingat emas di sukan Sea di Laos. Penantian selama 20 tahun dan 90 minit itu berakhir dengan memberi kegembiraan kepada 27 juta rakyat Malaysia. Betapa kemenangan itu memberi sinar kebangkitan dalam arena bola sepak. Semangat itu diharapkan terus menyinar dan mencapai kejayan yang kebih cemerlang di persada antarabangsa. Jangan sekadar jadi jaguh kampung.

Secara peribadinya sekalung tahniah aku ucapkan kepada barisan pemain yang diketuai oleh Aidil Zafuan, Mohd Fakri, Mohd. Badrol, Sarbinee, Mohd Shahrul, Mohd Muslim, Zaquan Adha, Sabree Abu, Mohd Azmi, serta rakan-rakan mereka kerana berjaya memekakkan telinga yang mana hampir keseluruhan stadium di penuhi dengan penyokong tuan rumah sehingga berjaya mengalahkan Laos diperingkat separuh akhir. Tak lupa juga pemain pertahan Vietnam kerana telah memberikan sentuhan emas kepada Malaysia. Apa-apa pun terjadi yang jelas mereka telah berjaya membawa balik pingat emas yang telah 20 tahun dinanti-nantikan itu........ tak lupa kepada Aizat, Yuna dan Faizal Tahir serta Black...berjuanglah atas nama 1 Malaysia....sesungguhnya MALAYSIA BOLEH!!!





Pedulikan apa orang kata, yang penting kita hebat atas nama 1 Malaysia

















No comments:

Post a Comment