Saturday, January 9, 2010

Seluruh jiwaku sudah bersedia

Dah lama tak menjenguk ke blog sendiri, rasanya dah berbulan-bulan lamanya, tangan pun hampir kaku nak menaip di keyboard laptop. Jadi masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyatakan yang aku dah bersedia untuk menuju ke semesta yang baru. Betul kata orang, semakin jauh perjalanan hidup semakin banyak pengalaman yang dapat dikutip. Aku juga terfikir ada baiknya sesekali kita jatuh, supaya kita sedar kita tak selalu berada di atas.

Semesta baru bermula lah azam baru, sedar tak sedar aku dah masuk semesta ke lima. Hanya tinggal satu semesta lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di universiti terbesar negara, UiTM dalam bidang pengurusan pejabat.

Bukan senang hidup sebagai pelajar, tambah-tambah lagi di universiti banyak sangat cabaran yang terpaksa ditempuhi, dan segala-galanya memerlukan pengorbanan. Dulu masa aku sekolah aku selalu disogokkan dengan cerita dan pengalaman yang indah sepanjang bergelar pelajar universiti oleh mereka yang pernah merasainya tapi tak keterlaluan kalau aku kata indah khabar dari rupa, setelah aku rasa sendiri baru aku tahu betapa hidup di universiti banyak memerlukan pengorbanan baik dari segi masa mahupun keperluan asas. Dulu masa zaman persekolahan bukan tak pernah study lewat malam, malah kalau time nak exam mataku terpaksa di buka sampai pukul dua tiga pagi dan lepas tu aku tidur, tujuannya nak ambil tenaga. Pakar motivasi pun selalu sangat cakap, kalau nak exam pelajar-pelajar kena tidur awal tujuannya nak dapatkan tidur yang cukup, tapi hidup sebagai siswi di universiti, teori itu dah tak valid lagi sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan, sampaikan satu tahap bila nak exam aku terpaksa berjaga sepanjang malam tanpa mengecap sedikit pun nikmat tidur kerana bagi aku masa itu lebih berharga dari emas, dan pagi-pagi esok dengan berbekalkan mata yang merah, aktiviti menguap yang tak sudah-sudah dan rasa mengantuk yang teramat sangat, kaki ini terpaksa digagahkan juga untuk menuju dewan peperiksaan dan kesannya bila habis sahaja waktu peperiksaan berlari ke bilik, terbunkang sampai ke petang.

Itu baru cakap pasal tak cukup tidur, pengalaman selama empat semesta di universiti juga membuatkan kadang-kadang aku lupa keperluan asas sebagai manusia, lupa nak makan, tak cukup tidur dan yang paling menyeramkan sampai tak sempat nak mandi. Hambatan kerja yang terlalu banyak dan tak sudah-sudah membuatkan aku lali dengan dugaan-digaan ini. Sesungguhnya dalam menuntut ilmu dugaan umpama isi dengan dengan kuku tak boleh dipisahkan dan orang yang berjaya menghadapi dugaan ini dengan tenang akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Aku berharap di semesta yang baru aku nak tanamkan azam yang baru nak dapatkan keputusan yang lebih baik. aku tahu dan cukup yakin bahawa nak mencapai kejayaan bukan semudah ABC dan tak juga sesenang 123, tapi ia umpama mencari seekor semut yang berwarna hitam di atas batu hitam pada waktu malam. Sukar tapi tak mustahil!

Who never fails, never get what they want.






Tak salah rasanya berangan benda yang hampir pasti.....

1 comment:

  1. Good luck for the next sem
    From uitm ex-student=)

    erk888.blogspot.com

    ReplyDelete