Sunday, March 14, 2010

Kami Trainer2 Muda

Sejak dibangku persekolahan lagi, naluri dan kecenderungan serta minat aku yang mendalam dalam dunia sains dan teknologi memang tidak boleh di tolak dan ditambah lagi, sehinggakan aku mengambil keputusan untuk terus di aliran sains semasa di tingkatan 6 walaupun risikonya terlalu tinggi. Aku pernah di beri amaran oleh cikgu aku sendiri, katanya anak melayu jarang nak ‘hidup’ dalam aliran sains, tapi aku pekakkan teliga dan butakan mata,belum cuba,belum tahu...itu fikirku...

Tapi mungkin jodoh aku tak panjang dengan aliran sains apabila tawaran yang sampai ke tangan aku dari Uitm adalah bidang yang tak pernah aku ceburi selama ini.. bidang pengurusan pejabat....aku beranikan diri untuk mencuba dan hasilnya sekarang aku sudah bergelar pelajar tahun akhir yang berada di semesta ke lima.

Selama dua tahun setengah di aliran baru ini, banyak benda yang aku belajar, dari macam mana nak handle sesuatu mesyuarat sehiggalah ke trainning program. Dan minggu lepas dengan perasaan yang sangat berdebar-debar kami TOTALLY MELETOP(TM) dengan jayanya dapat melaksanakannya training program dengan cara kami sendiri.

Sebelum presentation segala-galanya perlu diberi penelitian, slide, macam mana cara penyampaian, content yang akan kami sampaikan semua itu diambil kira, kretiviti juga tidak terlepas dari penilaian...

Masa yang kami hadkan sendiri selama satu jam, kami gunakan dengan sebaik mungkin. perbagai input berguna kami sajikan dan dalam pada isi yang tepat dan padat itu, kami sulaminya juga dengan permainan yang kami reka sendiri dengan harapan peserta yang terlibat terhibur dan tidak bermimpi di siang hari(zzzzzzz)....sejujurnya dari segi pengamatan mata kasar aku dan kawan2, nampak macam diaorang terhibur, nama taknya, hampir nak terkeluar anak tekak diaorang gelakkan ragam model-model yang terpilih pada hari itu....

Semua yang kami selitkan pada hari itu bukansaja-saja, semuanya ada maksud tersendiri, dan besarlah harapan kami apa yang disampaikan itu ‘sampai dengan selamat’ di otak peserta-peserta training program pada hari itu.....bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan kursus HRM546.

Totally meletop the geng


4 comments: