Sunday, June 20, 2010

Virus dari Bumi Afrika Selatan

Penantian beratus-ratus hari dari tahun 2006 sehingga 11 Jun 2010 berakhir sudah di bumi Afrika Selatan, namun hati masih berdengup kencang menanti cuma satu pasukan sahaja yang mampu menyucup piala yang bersalut emas itu.

Bercakap pasal bola memang sedikit janggal untuk kaum Hawa kerana sukan no 1 dunia itu selalunya sinonim dengan orang lelaki. Tak kira warga mana, berapa umur, asal mana, siapa pasukan faverate janji jantina yang didaftarkan dalam ic adalah lelaki pastinya akan tersenyum sampai ke telinga apabila berbicara tentang bola sepak dan mungkin ke lapan-lapan kumpulan yang ada di piala dunia 2010 dari A hingga H sudah dihafal pasukan mana yang mengisinya lengkap dengan keputusan semasa. Maka tak hairanlah ada yang sanggup mengubah hukum alam untuk melelapkan mata pada waktu siang. Dan semangat membara itu bertambah jika ditanya siapa pasukan pilihan hati. Apa yang pasti pasukan hebat antaranya Brazil, Argentina, Holand, England, dan Sepanyol serta Paraguay antara nada yang bergetar di peti suara mereka kerana pasukan gergasi bola sepak itu dibarisi dengan pemain-pemain ternama yang poket mereka diisi dengan jutaan wang ringgit.


Deman piala dunia 2010 rasanya bukan sahaja dihidapi oleh orang lelaki buat masa ini kerana apabila dilihat pada thermometer yang diselitkan di hati kaum wanita juga menunjukkan suhu yang sama. Virus yang ekslusif datangnya dari bumi Afrika Selatan itu nampaknya tak kenal jantina, kaum wanita juga tak terlepas terkena tempiasnya. Buktinya, gadis yang gile nasi kerabu ini…

Bermula dengan sekadar bangun dari tidur menyaksikan perlawanan bola sepak di kedinginan malam kerana tak tahan dengan kebingitan sorakkan ayah yang boleh mengalahkan vuvuzela, sehinggalah sekarang kalau ditanya siapa yang menbarisi kesebelasan utama Mexico dan siapa yang mengisi senarai pemain England, insyaallah aku dah boleh senaraikan walaupun bukan kesemuanya.

Dulu punyalah menyampah giler time piala dunia, bila skrin TV aku akan dipenuhi dengan 22 orang pemain dan jutaan penyokong yang sanggup gadaikan suara untuk bersorak gembira dengan 20 orang pemain berlari ke sana ke mari mengejar sebiji bola yang hanya dipenuhi angin yang tak mempunyai apa-apa makna. Perasaan menyampah ini lagi bertambah apabila keadaan ini berlarutan sehingga satu purnama dan ironinya, aku terpaksa ‘berpuasa’ selama sebulan untuk menyaksikan rancangan kegemaran. Apa boleh buat, nak tak nak aku terpaksa beralah..

Tapi sekarang aku terpaksa mengiakan kata orang tua-tua, jangan terlalu menbenci sesuatu nanti akan terjadi sebaliknya…… yeah memang betul…betul...betul..hakikat itu dah jadi realiti.

• sebab sekarang kalau boleh setiap perlawanan aku nak follow.

• sebab sekarang halaman sukan di akhbar tempatan menjadi tatapan mata terlebih dahulu.

• sebab sekarang ayah dah ada peneman ketika berjaga malam.

• dan sekarang ayah dah tak perlu fikirkan lagi di mana tempat stategik untuk sembunyikan remote control TV.

Berharap Argentina akan menang tapi bukan kerana Kehenseman permainan Liono Messi dan hasrat luar biasa lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona untuk mengelilingi kota dengan berbogel jika Argentina mara ke pentas akhir, tapi itu pasukan pilihan Ayah dari dulu, kini dan mungkin selamanya…

Ini semua kesan virus dari afrika Selatan, untuk mengubatinya saksikan 35 perlawanan di TV1 dan TV2 atau nak lebih mujarab langganlah ASTRO sekarang….

No comments:

Post a Comment