Saturday, February 13, 2010

si 'TANGGANGKAH' aku

Jangan terkejut dengan tajuk entry aku kali nie, tajuk ini bukan nak buat judgment bahawa aku anak derhaka...tapi sekadar lambang bahawa aku bukan berhati batu yang cukup keras..tabah menerima segala cemuhan dan kritikan...kadang-kadang kesabaran manusia ada batasnya...
Aku bersyukur kerana badan aku cukup lambat untuk merembeskan hormon adrenalina yang boleh membuatkan seseorang itu cepat marah, kalau ada benda yang tak selari dengan kemahuan aku, aku cuma diam..senyap untuk seketika...kerana fikirku marah bukan boleh selesaikan masalah..namun sejak akhir-akhir nie hampir setiap hari kesabaran aku diuji, sampai bila aku boleh bertahan?

Friday, February 5, 2010

Keajaiban Dari Tangan Manusia..

Petra, Jordan

Chichen Itza, Mexico

The Roman Colosseum,Italy
Machu Picchu,Peru

Christ Redeemer,Brazil
The Great wall, China

The Taj Mahal,India

edited by:syikin Ibrahim


Hebatnya ciptaan mereka,,menunjukkan betapa sempurnanya manusia diciptakan..




Friday, January 15, 2010

XX vs XY

Bila semesta baru sahaja, segala-galanya akan berubah, tak kiralah jadual, laecturer serta subject yang akan diambil..semuanya mengalami pembaharuan..tapi semesta ni pelik sikit jadual kelas sedikit berterabur dan kelam kabut. Banyak subject yang clash, memang memeningkan. bila pergi kelas lecturer tak ada dan bila kitaorang semua mengambil keputusan untuk tidak datang ke kelas, lecturer mengadu dengan kp dah tunggu lama tapi student tak ada...peningkan..

Dalam du fikir masalah yang melanda fakulti OM sekarang ini, aku tenangkan diri seketika, majalah yang dipinjam dari kawan bilik sebelah aku belek-belek dengan rasa bosan, tetiba aku tertarik dengan satu article yang lebih kurang begini tajuknya.....

Jika aku seorang lelaki….

Satu
Lelaki boleh buat keputusan dan jadi pemimpin.

Dua
Lelaki boleh botakkan rambut.

Tiga
Lelaki boleh balik lambat

Empat
Lelaki boleh tayang dada.

Lima
Lelaki boleh hisap rokok

Enam
Lelaki boleh memilih (nak awet yang macam mana) sebab dia bukan dipilih.

Tujuh
Lelaki boleh bersikap kasar.

Lapan
Lelaki boleh pakai apa sahaja yang dia dia suka.


Aku jadi tertarik nak kupas balik isu ini, memang tuhan jadikan lelaki dah perempuan dengan kelebihan yang tersendiri. Tetapi itu Cuma ciri istimewa yang tuhan bagi kepada kaum Adam yang tak semestinya perempuan tak boleh buat. Buktinya...

Satu
Perempuan juga boleh jadi pemimpin dan boleh buat keputusan yang besar, contohnya president Indonesia dan Filiphina yang mampu meneraju negara walaupun dalam tempoh yang agak singkat. Ingat! Tangan yang menghayung buaian mampu mengoncang dunia tau.

Dua
Isu botakkan kepala, tak ingat ke kes Amani yang di kritik hebat kerana botakkan rambut yang panjang mengurai tu, walaupun kes itu mencetuskan kontroversi yang hebat, tapi yang aku tahu perempuan memang boleh buat walaupun terpaksa.

Tiga
Rasanya minah rempit is best example for this case, diaorang boleh keluar rumah sesuka hati dan balik lewat lewat malam, dan kadang-kadang ada yang tak balik langsung...hebatkan..

Empat
Yang ini agak sensitif bagi perempuan,aku tak nak komem apa-apa...tapi aku tak rasa yang perempuan tak boleh buat..haha

Lima
Setiap kali hang up dengan kenkawan, aku boleh tengok asap rokok bukan hanya dari mulut lelaki aje...mulut perempuan pun berasap jugak kadang-kadang... Apa tu?.. Magik ke?

Enam
Tanya aci boleh kot, sebab kat India sesetengah kaum, lelaki yang dipilih oleh perempuan bukan lelaki yang diberi hak untuk memilih....rasa-rasa nak buat juga boleh tak?.. Hwuang Tea Kyung (hero”you are beautiful”) solo lagi kan?

Tujuh
Kalau perempuan tak boleh bersikap kasar kenapa pulak boleh timbul istilah tomboy or penkid ha? Boleh tolong jawap tak?

Lapan
Perempuan pun sama jugak boleh pakai apa yang dia suka, janji ada uang, boleh beli dan pakai...sukakan..:)

Tambah lagi satu

Sembilan
Perempuan boleh melahirkan dan menyusukan anak. Ini kelebihan yang tak boleh di copy, fotostat, dan ditiru atau dibuat oleh mana-mana lelaki di dunia dan selama aku hidup belum ada lagi keajaiban itu diberikan kepada lelaki. Terimalah kenyataan dan hakikat wahai pemilik kromoson xy bahawa tuhan menanugerahkan kelebihan ini hanya untuk insan yang memiliki kromoson xx sahaja..

Dengan kupasan yang tak seberapa ini aku nak ingatkan yang aku bukan nak buat provokasi, bukan nak cetuskan kontroversi, atau nak sakitkan mana-mana hati Cuma aku nak cakap, perempuan juga boleh buat apa yang lelaki boleh buat, jangan kerana perempuan selalu dilabelkan kaum yang lemah, perempuan selalu dipandang rendah.

Disebabkan adanya kekurangan dan kelebihan itulah islam mengalakkan umatnya berkahwin, moga-moga kekurangan pada kaum Adam dapat ditutup dengan kelebihan kaum Hawa dan Keistimewaan si Adam pula mungkin boleh melengkapi kedaifan si Hawa.

Monday, January 11, 2010

AJL vs Bola Sepak Sukan Sea

Semalam telah pun berlangsung AJL yang ke 24, anugerah yang selalu ditunggu-tunggu itu telah pun diketahui pemenangnya dan semalam juga telah menyaksikan Aizat berjaya membawa pulang sebanyak rm45000.00 selaku pemenang juara lagu dan persembahan terbaik. terus-terang aku cakap lagu pergi memang best, kalau tidak masakan dapat ke pentas akhir tapi langsung tak expect akan jadi juara,so jauh di lubuk hati ada sekelumit rasa tak puas hati tapi biasalah adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah dan yang menang itu mesti ada kelebihan yang tersendiri.


Itu pasal artis realiti TV yang menang besar semalam, dan aku bukan wartawan melodi yang ada hak nak suakan microfon kepada juri-juri yang terlibat semalam yang boleh tanya kenapa lagu itu diangkat sebagai juara. Aku cuma salah satu daripada puluhan juta penonton yang menyaksikan AJL yang hanya mampu ketuk keyboard kat laptop dan luahkan rasa kecewa dalam blog sebab orang sekampung (Misha Omar) tak menang.


Aku tahu yang semua orang tahu, semalam AJL, yang mana 13 anak muda bersaing sesama sendiri membawa karya masing-masing atas nama 1 Malaysia dan pada 17 Disember yang lepas, 11 anak muda Malaysia juga berada dipentas akhir memperjuangkan nama negara, menjulang maruah negara, membawa hujan emas ke bumi Malaysia setelah 20 tahun kita ketandusannya dalam perlawanan akhir bola sepak sukan sea. Menang kalah jadi pertaruhan dan hasilnya POSITIF kita menang... seriuslly, aku cakap yang kejayaan 11 anak muda semasa pentas akhir di Laos lebih memberi kesan kepada aku walaupun kemenangan itu dah lama berlalu.. bayangkan detik penantian kemenangan itu terlalu lama, dan kegembiraannya tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata.


17 Desember yang lalu tepat pukul 8 malam setelah pengadil dari Thailand meniup wisel penamat seluruh rakyat Malaysia kembali merasakan suasana yang ditinggalkan lebih 20 tahun yang lampau setelah skuad Malaysia yang tidak diberikan sebarang harapan telah berjaya memenangi pingat emas di sukan Sea di Laos. Penantian selama 20 tahun dan 90 minit itu berakhir dengan memberi kegembiraan kepada 27 juta rakyat Malaysia. Betapa kemenangan itu memberi sinar kebangkitan dalam arena bola sepak. Semangat itu diharapkan terus menyinar dan mencapai kejayan yang kebih cemerlang di persada antarabangsa. Jangan sekadar jadi jaguh kampung.

Secara peribadinya sekalung tahniah aku ucapkan kepada barisan pemain yang diketuai oleh Aidil Zafuan, Mohd Fakri, Mohd. Badrol, Sarbinee, Mohd Shahrul, Mohd Muslim, Zaquan Adha, Sabree Abu, Mohd Azmi, serta rakan-rakan mereka kerana berjaya memekakkan telinga yang mana hampir keseluruhan stadium di penuhi dengan penyokong tuan rumah sehingga berjaya mengalahkan Laos diperingkat separuh akhir. Tak lupa juga pemain pertahan Vietnam kerana telah memberikan sentuhan emas kepada Malaysia. Apa-apa pun terjadi yang jelas mereka telah berjaya membawa balik pingat emas yang telah 20 tahun dinanti-nantikan itu........ tak lupa kepada Aizat, Yuna dan Faizal Tahir serta Black...berjuanglah atas nama 1 Malaysia....sesungguhnya MALAYSIA BOLEH!!!





Pedulikan apa orang kata, yang penting kita hebat atas nama 1 Malaysia

















Saturday, January 9, 2010

Seluruh jiwaku sudah bersedia

Dah lama tak menjenguk ke blog sendiri, rasanya dah berbulan-bulan lamanya, tangan pun hampir kaku nak menaip di keyboard laptop. Jadi masa yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menyatakan yang aku dah bersedia untuk menuju ke semesta yang baru. Betul kata orang, semakin jauh perjalanan hidup semakin banyak pengalaman yang dapat dikutip. Aku juga terfikir ada baiknya sesekali kita jatuh, supaya kita sedar kita tak selalu berada di atas.

Semesta baru bermula lah azam baru, sedar tak sedar aku dah masuk semesta ke lima. Hanya tinggal satu semesta lagi untuk aku menamatkan pengajian aku di universiti terbesar negara, UiTM dalam bidang pengurusan pejabat.

Bukan senang hidup sebagai pelajar, tambah-tambah lagi di universiti banyak sangat cabaran yang terpaksa ditempuhi, dan segala-galanya memerlukan pengorbanan. Dulu masa aku sekolah aku selalu disogokkan dengan cerita dan pengalaman yang indah sepanjang bergelar pelajar universiti oleh mereka yang pernah merasainya tapi tak keterlaluan kalau aku kata indah khabar dari rupa, setelah aku rasa sendiri baru aku tahu betapa hidup di universiti banyak memerlukan pengorbanan baik dari segi masa mahupun keperluan asas. Dulu masa zaman persekolahan bukan tak pernah study lewat malam, malah kalau time nak exam mataku terpaksa di buka sampai pukul dua tiga pagi dan lepas tu aku tidur, tujuannya nak ambil tenaga. Pakar motivasi pun selalu sangat cakap, kalau nak exam pelajar-pelajar kena tidur awal tujuannya nak dapatkan tidur yang cukup, tapi hidup sebagai siswi di universiti, teori itu dah tak valid lagi sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan, sampaikan satu tahap bila nak exam aku terpaksa berjaga sepanjang malam tanpa mengecap sedikit pun nikmat tidur kerana bagi aku masa itu lebih berharga dari emas, dan pagi-pagi esok dengan berbekalkan mata yang merah, aktiviti menguap yang tak sudah-sudah dan rasa mengantuk yang teramat sangat, kaki ini terpaksa digagahkan juga untuk menuju dewan peperiksaan dan kesannya bila habis sahaja waktu peperiksaan berlari ke bilik, terbunkang sampai ke petang.

Itu baru cakap pasal tak cukup tidur, pengalaman selama empat semesta di universiti juga membuatkan kadang-kadang aku lupa keperluan asas sebagai manusia, lupa nak makan, tak cukup tidur dan yang paling menyeramkan sampai tak sempat nak mandi. Hambatan kerja yang terlalu banyak dan tak sudah-sudah membuatkan aku lali dengan dugaan-digaan ini. Sesungguhnya dalam menuntut ilmu dugaan umpama isi dengan dengan kuku tak boleh dipisahkan dan orang yang berjaya menghadapi dugaan ini dengan tenang akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

Aku berharap di semesta yang baru aku nak tanamkan azam yang baru nak dapatkan keputusan yang lebih baik. aku tahu dan cukup yakin bahawa nak mencapai kejayaan bukan semudah ABC dan tak juga sesenang 123, tapi ia umpama mencari seekor semut yang berwarna hitam di atas batu hitam pada waktu malam. Sukar tapi tak mustahil!

Who never fails, never get what they want.






Tak salah rasanya berangan benda yang hampir pasti.....

Wednesday, September 16, 2009

Kembali kepada FITRAH

Rasanya bari semalan aku postkan entry selamat datang bulan Ramadhan, rasanya baru semalan aku bangun awal pagi untuk bersahur, rasanya baru semalan perut mendendangkan lagu poco-poco menahan dari lapar dan dahaga, tapi kini dah setangah bulan kita berada di bulan Syawal, di mana bulan manusia kembali kepada fitrah.... manusia yang beragama islam sudah SELAMAT menyambut HARI RAYA AIDILFITRI...
Rasa terharu sangat bila dapat menyambut hari raya bersama keluarga tercinta walaupun aku tahun ini tak sempat nak bersahur bersama keluarga, sebab tak semapt nak balik awal tapi aku tak kisah yang penting hari raya disambut bersama..
Aku tahu bila umur dah semakin meningkat dewasa dan badan pun dah meninggi macam galah, pelung nak dapatkan duit raya bila tiba hari raya pun dah semakin tipis, tahun nie aku cuma dapat RM 10 aje, itupun aku tak kisah, kalau tak dapat langsung pun aku tak kecil hati yang penting pengertian raya, kita dah kembali kepada fitrah, itu bukan bermakna kita dah boleh kembali kepada perangai lama, tapi apa yang penting penghijrahan tingkah laku dari buruk kepada yang lebih baik.
Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat dunia yang beragama islam.

Wednesday, September 9, 2009

Buat halua minda

Ambil seminit dua waktu sebelum berbuka melayan kisah yang tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal.......jangan gelak kuat-kuat dan jangan salah faham......

CINTA SELUAR KECIK
Mengenangkan kembali pertama kali aku bertemu dengan suamiku membuatkan aku tersenyum lucu. Emm.. memang melucukan, dan pertemuan yang tidak disangka itulah yang membawa kami berdua ke jinjang pelamin. Aku bukan seperti pasangan kekasih yang lain bertemu di universiti, di tempat kerja, di jalanan, di taman-taman dan di tempat-tempat yang sewaktu denganya, tetapi kami berdua dipertemukan di majlis perkahwinan sepupuku dan kerana jasa seluar kecilku.. hehehe…. Lucukan? tapi itulah hakikatnya. Mungkin juga berkat dari majlis tersebut yang membawa kami diijabqabulkan dengan ikatan yang suci……..

Petang sabtu itu aku dan keluarga ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan sepupuku. Majlis tersebut memang happening sebab ramai yang datang. Saudara-mara tak usah nak cerita, mereka semua datang dan sempat bermalam di situ. Sempat jugalah aku berkenalan dan dapat juga aku bertanya khabar setelah lama tidak bersua muka…..

Malam selepas selesai majlis, aku sempat diusik oleh emak saudaraku, emak pengantin perempuan, bila aku akan mengikut jejak langkah anaknya, menentukan satu titik noktah yang pasti bilakah aku akan menamatkan zaman daraku dan seperti biasa jugalah jawapan sebagai perisai aku berikan, belum sampai seru dan belum ada jodoh lagi…..aku sebenarnya tidak menetapkan target bilakah aku akan merealisasikan persoalan emak saudaraku itu, memandangkan aku sudah punya pekerjaan yang boleh menjamin masa depan dan struktur kewangan yang boleh dianggap stabil….yang penting aku serahkan pada takdir yang menentukan segalanya. Bagiku ada calon, ada jodoh, sampai seru kahwinlah… senang cerita. Emak saudaraku hanya tersenyum, namun aku tahu jauh di lubuk hatinya dia tetap tak puas hati kerana sudah terlalu biasa dengan jawapan itu dari mulutku……………………

Malam itu selepas isyak, baru aku dapat peluang untuk mandi setelah seharian aku terpaksa menahan niatku untuk berbuat demikian. Nak buat macam mana, ramai sangat tetamu yang bertandang, tak menang tangan aku nak melayan. Tapi aku puas…………..best……

Peluang yang ada aku gunakan sebaik mungkin. Aku mengajak sepupuku untuk mandi bersama dan tanpa sebarang alasan dia pun setuju.
Untuk ke bilik mandi aku terpaksa lalu di depan sekumpulan lelaki-lelaki yang macho, handsome dan tak kurang juga yang nakal, termasuklah suami sepupuku pun turut berada di situ. Mereka asyik saja berbual dan dengan rancak sekali mereka mengenakan si pengantin baru.
Mulanya aku memang malu dan nyaris-nyaris nak batalkan niatku itu namun bila difikirkan balik tentang bau badanku yang tak ubah seperti bau kambing jadi terpaksalah aku teruskan juga……
Aku berjalan di belakang sepupuku, punyalah control ayu aku berjalan nak memastikan kehadiran kami tidak disedari oleh mereka yang sedang rancak berbual.
Tapi entah macam mana silapnya, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menjerit “cik adik manis seluar kecil nie, kenapa buang kat sini dah tak nak ke?”

Ku sangkakan itu cuma main-main, sekadar nak mengusik aku. Aku terus melangkah tanpa mempedulikan mereka, namun setelah pernyataan itu diulangi sekali lagi, barulah aku sedar yang seluar kecilku betul- betul jatuh di hadapan mereka. Malu punyalah malu rasa macam tak ada muka langkah pun rasa tak terpijak di bumi yang nyata….dengan perasaan yang cukup-cukup malu aku merampas seluar kecilku dengan kasar dari tangan salah seorang daripada mereka dan terus berlari ke bilik air…..
Di bilik air sepupuku tak henti- henti mentertawakan aku dan aku hanya mampu menangis kerana terlalu malu. Rasa macam tak nak keluar bilik air…setelah ketawanya reda, sepupuku memberitahu bahawa lelaki yang memegang seluar kecilku dan yang menengurku tadi rupa-rupanya telah lama meminati aku, Namun masih belum berpeluang untuk mengenaliku dengan lebih dekat. Kata sepupuku lagi dia tertarik hati kepadaku setelah pertama kali memandangku di majlis pertunangannya dan dia juga merupakan kawan karib suami sepupuku.

Bermula dengan detik itulah dia berani menegurku dan aku juga sempat memohon maaf kepadanya kerana bersikap kasar terhadapnya pada malam itu….kerana jasa seluarku itu kami berkenalan dan dia telah mengambil keputusan untuk melamarku. Cinta yang telah lama dipendamkan, akhirnya mampu jua dia luahkan kepadaku ….aku dengan seikhlas hati menerimanya. Sikap keterbukaannya dan sabar dengan kerenahku sebagai anak manja yang membuka hatiku untuk menerimanya sebagai suami dan aku berjanji akan menjadi permaisuri dalam hidupnya buat selama-lamanya….

Siapa sangka seluar kecil yang selalu dianggap sebagai aset yang memalukan boleh menjadi pencetus sebuah kisah cinta yang sejati dan abadi buat selama-lamanya…….

NURKILAN DARI:
gadisnasikerabu yang tengah blur disuakan timbunan kuiz dan test....

catatan:

kisah ini tak ada kena mengena dengan kisah hidupku, cerita ini hanya dikarang tatkala otak masih biul memikirkan jumlah test dan kuiz yang terlalu banyak untuk dihadapi... lalu kucuri sedikit waktu untuk melakarkannya sebelum diri ini bertukar menjadi SHREK dan HULK...layan ajelah